Sunday 5 April 2020

BAB 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA



SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL INDAHPURA





















INFO SEKOLAH

👉Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura merupakan Sekolah Pendidikan Khas yang ke-32 ditubuhkan di Malaysia. Sekolah ini terletak di KulaijayaJohor. Ia mula beroperasi pada 22 Mac 2004.
👉Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura menggabungkan 3 kategori murid berkeperluan khas di dalam sebuah premis yang pertama di Malaysia dan di dunia. Murid-murid yang diterima terdiri daripada murid berkeperluan khas lepasan PMR. Sekolah ini juga ada menawarkan matapelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Islam/Moral. Sekolah ini dibantu oleh 129 kakitangan sekolah  yang terdiri daripada 101 orang guru dan 28 orang AKP.
MATLAMAT

👉SMPK Vokasional Indahpura untuk meningkatkan dan membuka peluang kepada murid berkeperluan khas mendapatkan pendidikan dan latihan khusus dalam bidang vokasional dan kemahiran.
Tiga kumpulan kategori murid di SMPK Vokasional Indahpura
  • Murid Bermasalah Pendengaran.
  • Murid Bermasalah Penglihatan.
  • Murid Bermasalah Pembelajaran.











PENCAPAIAN









😱PENDAHULUAN

Pengurusan murid pelbagai upaya ialah program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas serta membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Hal ini kerana pengurusan murid pelbagai upaya ini bertujuan memberi peluang kepada golongan yang kurang upaya agar mendapat kemudahan pendidikan yang sama seperti murid yang lain. Pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih memfokus kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas ini merupakan satu program pendidikan yang dibentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi golongan yang memerlukan. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mengikuti kaedah pembelajaran dan pengajaran seperti murid yang lain di dalam kelas.

😲ISI-ISI PENTING

Kajian mengenai pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih memfokuskan kepada empat perkara iaitu pemulihan ,pengayaan, pelbagai kecerdasan dan keperluan khas. Pihak kementerian pendidikan Malaysia telah membentuk suatu program iaitu pemulihan dan pengayaan yang bertujuan membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran agar mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Para ahli psikologi barat seperti Howard Gardner juga telah memperkenalkan teori pelbagai kecerdasan yang membincangkan kecerdasan yang dimiliki oleh setiap manusia terutamanya golongan yang kurang upaya. Menurut beliau, setiap manusia mempunyai lapan kecerdasan pelbagai. Beliau juga menyatakan setiap individu mempunyai cara belajar yang tersendiri mengikut kecerdasan masing-masing. Melalui topik ini, pelbagai masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif, sindrom down, autisme dan kerencatan mental. 


JADIKAN MEMBACA BUKAN LAGI SUATU PAKSAAN BAGI ANAK-ANAK.
8 KECERDASAN PELBAGAI







😍PEMULIHAN
        

   Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), perkataan "pulih" bermaksud kembali seperti biasa atau kembali dalam keadaan semula. Manakala, dalam konteks pelajar pelbagai upaya pula pemulihan merujuk kepada kanak-kanak menghadapi masalah dalam pembelajaran seperti kanak-kanak biasa. Pembelajaran pemulihan ini membawa maksud sesuatu kaedah pengajaran bagi memudahkan atau melancarkan sesuatu pengajaran atau pembelajaran yang mempunyai kekurangan. Menurut Abdul  Rahman, et. al. 1997 dalam buku Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011), pemulihan merupakan lanngkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M. Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Hal ini akan memyebabkan mereka tidak ketinggalan dari segi pendidikan. Kaedah ini juga membantu kerajaan untuk membasmi masalah buta huruf. Selain itu, guru-guru di sekolah juga perlu memainkan peranan yang penting iaitu mengesan dan membantu pelajar yang mempunyai kekurangan upaya di setiap sekolah agar mereka tidak ketinggalan. Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008 yang diolah oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Pengantar Pendidikan Khas (2011), murid pemulihan khas didefinisikan sebagai murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.


Secara kesimpulannya, pemulihan ini merupakan salah satu kaedah pengajaran yang membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran di dalam kelas. Hal ini bertujuan agar mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan mudah. Pelaksanaan program ini diharap dapat mengurangkan jurang perbezaan terutamanya pencapaian mereka di setiap aktiviti. Keberhasilan program ini akan membantu golongan ini berjaya serta membantu mengharumkan nama negara, kerana golongan kurang upaya ini mempunyai kebolehannya yang unik.


😁PENGAYAAN


   Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “gaya” pula membawa maksud sikap dan cara berkelakuan yag menjadi ciri seseorang. Manakala “pengayaan” pula bermaksud perihal (usaha, proses, pencorakan) menggayakan, misalnya menggayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti pengayaan ini disediakan oleh guru-guru di setiap peringkat kecerdasan sama ada di sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Melalui kajian terhadap pengurusan murid pelbagai upaya ini, kita dapat mentakrifkan bahawa pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid di dalam kelas bagi menambahkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam melakukan sesuatu aktiviti.

   Aktiviti pengayaan ini mempunyai banyak manfaat kepada murid-murid terutamanya di peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana aktiviti ini membantu merangsang minda dan membina idea baharu kepada murid-murid semasa di sekolah. Guru-guru tidak perlu membimbing agar idea murid dapat terjana dengan sendiri. Aktiviti pengayaan ini akan melahirkan lebih ramai murid yang berkualiti berbanding murid yang menunggu gurunya untuk memberi bahan pengajaran.  

    Pengayaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Manakala pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti ini akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.

   Semasa melaksanakan program pengayaan ini, pelbagai aspek haruslah ditekankan. Antara aspek yang harus diberi penekanan adalah aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimential, membuat kerja sendiri dan hasilan kerja, menggunakan daya usaha sendiri, memberi peluang untuk mengembangkan sifat yang melibatkan kepimpinan, serta aktiviti yang melibatkan pencarian maklumat dan pembacaan yang meluas. Di samping itu, guru-guru juga menggunakan kad-kad yang mempunyai bahan bacaan tambahan yang menarik, lembaran kerja dan alat bantu pengajaran yang lain seperti alatan teknologi. Bahan-bahan ini mestilah mampu menarik minat murid untuk belajar serta mudah difahami.


KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN: KPS3014 Pengurusan Murid ...






BERKEPERLUAN KHAS


“individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural characteristics. Many of these children may require educational program customized to their unique needs” -Garciulo (2003)


😄 ANTARANYA ADALAH: 😄



Pintar Cerdaspelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

Autismekecelaruan neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi.

Disleksiakeadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf.

Kecerdasan pelbagai dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran. Memperkenalkan  9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.

Logik-MatematikPelajar mempunyai kelebihan dalam matematik. Golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.

Verbal-LinguistikGolongan ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan.

MuzikKebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik.



Kinestetik Badanmempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.



Interpersonalberkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. Mudah bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada.



Ruang Visual Memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi.



NaturalisMempunyai kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling.



EksistensialisMempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia.










Teori pengajaran kecerdasan pelbagai







👏RUMUSAN


Natijahnya, murid-murid keperluan khas ini mempunyai sesuatu kelebihan walaupun mempunyai kekurangan. Oleh itu, penyediaan pelbagai program oleh pihak pendidikan pelajaran amatlah sesuai bagi membantu golongan ini agar tidak ketinggalan. Penyediaan kelas yang kondusif juga amat penting bagi memberi keselesaan kepada golongan ini ketika sesi pembelajaran dan pengajaran. Menurut Leinhard dan Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid) , meningkatkan masa untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian dan tumpuan kepada kognitif di dalam kelas. Kajian ini diharap dapat membantu kita menyedari bahawa kebajikan golongan kurang upaya juga harus dijaga kerana mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri.

👉 RUJUKAN






😮BACAAN TAMBAHAN😮






No comments:

Post a Comment

BAB 11: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL INDAHPURA INFO SEKO...